[Pendekatan Dakwah - Berhikmah]
Bro Mohd Taufik Bin Zakaria menulis;
Bila berdakwah pada manusia yang takut mati, jangan gerunkan mereka dengan ajal dan azab kubur. Tetapi beritahu mereka yang hidup di dunia adalah 'rehat sementara' sebelum 'hidup sebenar yang abadi'.
Manusia yang suka berkerja keras mencari rezeki pula, jangan disindir harta tidak boleh dibawa mati. Sebaliknya kenalkan mereka kepada 'harta' yang boleh menjadi modal untuk kejayaan dunia akhirat.
--------------------------------------------------------------------------
Saya ingin menambah;
Dakwah adalah menjemput dan secara logiknya apabila kita ingin menjemput seseorang ke majlis kita, takkan kita nak tulis di kad jemputan macam ini;
'Saya dengan secara hormatnya ingin menjemput tuan/[uan ke majlis kami dan JIKALAU TUAN/PUAN TAK DATANG MAKA KAMI TAK NAK KAWAN LAGI DENGAN TUAN/PUAN. TUAN/PUAN KELAK AKAN JAWAB DI AKHIRAT KENAPA TAK DATANG MAJLIS KAMI'
Ya, benar Allah ada berikan amaran yang keras kepada mereka yang tidak MAHU beriman setelah disampaikan kebenaran tetapi berapa banyak ayat berbentuk amaran keras jikalau ingin dibandingkan dengan ayatt berbentuk nikmat syurga?
Use the right words, right intonation, rights expression at the right time to the right people.... Wallahualam...